Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sebelum Ada Yang Marah, Saya Nak Jelaskan…”- Mengaku Muka Jadi ‘Pondan’ Kerana Makeup Artist, Loca B Tiada Niat…

Syafiqah Jalal 01/03/2021 | 08:48 MYT
Penyanyi rap, Loca B, akui tiada niat untuk mempersoalkan kredibiliti kerjaya juru solek atau makeup artist.
Ia gara-gara selepas Loca B atau nama sebenarnya Hani Azali memuat naik sebuah video menunjukkan wajahnya kelihatan seperti lelaki ‘pondan’ selepas disolek makeup artist.
“Sebelum ada yang marah, biar saya jelaskan. Saya tidak mempersolakan teknik atau bakat seseorang makeup artist.
“Dan tak semua makeup artist solek begini ke atas wajah saya. Cuma wajah saya sahaja yang tidak boleh menerima solekkan yang tebal,” katanya.
Isteri kepada penyanyi rap, Tuju itu menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam entri yang sama dia memuat naik video TikTok yang menunjukkan wajahnya lebih cantik disolek sendiri berbanding disolek oleh makeup artist.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut merasakan perkara yang sama ke atas diri mereka.
“Betul! Muka saya pun tak sesuai mekap yang tebal,” komen salah seorang warga net
“Haha ya, bila tebal terus jadi lain,” kata salah seorang netizen.

A post shared by LOCA B (@kuning.langsat)

#Solek #Makeup Artist #Pondan #Muka #Loca B
;