Laman Utama
Sebelum Disney+ Hotstar Dilancarkan 1 Jun Ini, Jom Ketahui Apa Anda Akan Dapat & Bagaimana Cara Untuk Mengakses...
Seperti ramai sedia maklum, Astro telah dilantik sebagai pengedar rasmi perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar yang dinanti ramai.
Sudah tentu peminat Marvel, Disney, Star Wars, Pixar mahupun National Geographic tak sabar menunggu pelancaran platform tersebut pada 1 Jun ini.
Sebelum itu, mari kita sama-sama semak apa yang anda akan dapat dan bagaimana cara untuk mengakses Disney+ Hotstar tidak lama lagi.
Untuk pelanggan Astro Movies Pack, anda boleh menikmati Disney+ Hotstar dengan pilihan Movies Pack yang lebih berbaloi dengan tambahan RM5 sahaja setiap bulan yang akan dimasukkan dalam langganan bermula 1 Jun 2021.
Movies Pack baharu dengan Disney+ Hotstar menawarkan 800 filem dan 18,000 episod termasuk HBO, HBO Go app, Cinemax untuk program Hollywood terbaik, diikuti tvN Movies untuk pelbagai program Korea yang menarik!
Bermula 1 Jun, pelanggan Movies Pack akan menikmati HBO (411), Cinemax (412), FOX Movies (413), FOX Family Movies (414), FOX Action Movies (415) dan tvN Movies (416) menerusi tontonan di TV, Astro GO dan On Demand.
Sementara HBO GO pula boleh dinikmati di Astro On Demand, aplikasi HBO GO atau di laman web.
Disney+ Hotstar pula boleh dinikmati menerusi aplikasi Disney+ Hotstar atau di laman web bermula 1 Jun 2021.
Bagaimanapun, jika pelanggan Movies Pack mahu keluar dari pilihan ini, mereka boleh berbuat demikian.
Untuk pelanggan yang tidak melanggan Movies Pack pula, anda masih boleh menikmati Disney+ Hotstar.
Anda boleh mendapatkannya menerusi Starter Plus Pack pada harga RM68.82 atau Value Plus Pack pada harga RM87.50.
Para pelanggan boleh membuat langganan dengan menghantar kiriman Whatsapp ke +603-95433838, atau pergi ke saluran 200, anda juga boleh melayari astro.com.my/Disney atau berurusan terus dengan jurujual.
Selain itu, anda juga boleh melanggan secara terus untuk mendapatkan Disney+ Hotstar pada harga RM54.90 untuk tiga bulan.
Bagaimana Pelanggan Astro Mengakses Disney+ Hotstar 1 Jun Ini?
Mudah sahaja, pastikan anda memiliki Astro ID, jika masih belum memilikinya, dapatkan sekarang!
Cipta Astro ID anda pada bila-bila masa hanya dengan tiga langkah mudah ini:
1) Isikan maklumat anda dalam astro.com.my/astroID
2) Pastikan akaun anda betul
3) Sahkan email
Kemudian, aktifkan Disney+ Hotstar anda pada 1 Jun ini. Halaman pengaktifan akan tersedia pada 1 Jun 2021 menerusi astro.com.my/Disney.
Para pelanggan boleh mengaktifkan akses Disney+ Hotstar dengan empat langkah mudah ini:
1) Daftar masuk (login) Astro ID
2) Setelah berjaya daftar masuk, anda akan lihan halaman pengaktifan (activation) untuk Disney+ Hotstar.
3) Ikuti langkah pengaktifan
4) Sebaik sahaja berjaya mengaktifkan akses, anda boleh memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar atau pergi ke DisneyPlusHotstar.my, daftar masuk nombor telefon yang anda gunakan untuk pengaktifan Disney+ Hotstar.
5) Anda sudah boleh mulakan penstriman di aplikasi atau di laman web!
Jangan lupa! Baca panduan di atas dengan betul dan sama-sama kita nikmati Disney+ Hotstar mulai 1 Jun ini!