Berita

“Sebelum Meninggal Dunia, Arwah Cakap Panas Dan Minta...”- Isteri Zaibo

Syafiqah Jalal
15/11/2018
04:20 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Meninggal Dunia, Arwah Cakap Panas Dan Minta...”- Isteri Zaibo
Isteri kepada Allahyarham Zaibo, Siti Hawa Sawal, mendedahkan suaminya pergi dalam keadaan yang tenang dan mudah.
Malah Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, pergi dalam keadaan suci berwuduk.
“Alhamdulillah, rezeki dia (suami) pergi dengan mudah. Sebelum meninggal dunia, arwah cakap dia panas dan minta dimandikan.
“Suami sempat minta mandi dan ambilkan wuduk. Tidak lama selepas itu dia sudah tiada,” cerita Siti Hawa disaat akhir pemergian suaminya.
Zaibo menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang semalam di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan lanjut selepas dirujuk oleh Hospital Batu Pahat.
Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Spanar Jaya itu mulai merasai tanda-tanda sakit dua minggu selepas Aidilfitri lalu.
Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar