Laman Utama
“Sebelum Tu Ustaz Bacakan Doa Hembuskan Pada…”- Netizen Dakwa Ustaz Kazim Prank, Makeup Artist Tampil Jelaskan…
Selepas berita pendakwah bebas popular, Ustaz Kazim Elias mendedahkan dia sakit, sekeping foto menunjukkan dia sedang bersolek untuk filem terbaharu berjudul Zim Zim Ala Kazim tular.
Malah seorang pengguna laman TikTok mendakwa rakyat Malaysia sudah tertipu dengan pendakwah berkenaan kerana penyakit yang dilihat berada di tanggannya itu hanya solekan bagi menjayakan filem berkenaan.
Namun, Ustaz Kazim sendiri telah menjawab serta menjelaskan keadaan dirinya yang sebenarnya apabila memberitahu dia benar-benar sakit dan solekan itu hanya memberi kesan tambahan sahaja pada tangannya.,@insanbiasainginsyurga ♬ som original - Foxx
Seorang juru soleknya, yang bernama Fatimah Ishak menerusi laman Facebook turut tampil menjelaskan pengalamannya ketika menyolek pendakwah berkenaan.
Katanya, Ustaz Kazim memang berada dalam keadaan sakit dan sebelum memulakan kerja solekan pada kulit pendakwah itu juga telah membacakan doa supaya dia dilindungi Tuhan.
“Sebelum aku memulakan kerja..Ustaz suruh aku duduk atas kerusi depan dia untuk dia bacakan ayat ayat doa dan hembuskan kat aku supaya aku selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim..
“Dia risau aku takut..Ustaz memang sakit..aku tengok sendiri keadaan kulit dia..cuma aku tambah lagi untuk menampakkan efek di dalam skrin..semoga Ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal macam orang lain,” jelasnya.
Penjelasannya itu mendapat perhatian pengikut laman sosialnya yang rata-rata turut mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.
Malah tidak kurang juga yang menyatakan hajat ingin membantu Ustaz Kazim mendapatkan rawatan.
Semalam kecoh selepas Ustaz Kazim sendiri menerusi akaun Facebook miliknya memuat naik tangannya yang mempunyai kesan menggurutu seperti sedang sakit. Malah menerusi kapsyen dia meminta agar mendoakan kesihatannya.
Must-Watch Video