Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sebenarnya Ayah Dah Nak Sihat…”- KKM Bawa Bapa Tasha Manshahar Kuarantin Di MAEPS

Syafiqah Jalal 25/05/2021 | 11:44 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar memaklumkan bapanya yang menghidap virus Covid-19 sejak pertengahan bulan lalu telah dibawa ke pusat kuarantin MAEPS, Serdang.
Menurut Tasha, sebelum ini bapanya, Mohd. Manshahar hanya kuarantin di rumah tetapi kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) prihatin terhadap golongan berisiko maka dibawa segera ke sana.
“Ayah start simptom pada 10 Mei lalu. Kemudian pada 15 Mei buat test dah start kuarantin. Actually since 13 Mei lagi dah tak ke mana-mana. Home quarantine (dalam bilik).
“Sebenarnya sekarang ni Ayah dah hampir sihat dah. Deria bau dan rasa pun dah ada semula. Tapi sebab ayah warga emas, KKM concern jadi mereka ambil ayah untuk kuarantin dekat MAEPS.
“Bagus juga, ada orang monitor Ayah dekat sana. Insya-Allah in few days’ time, ayah will be home healthy. Nanti kita sekeluarga boleh reunite dengan mummy lagi aaamiiin,” katanya.
Tasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Tasha memuat naik video bapanya yang dibawa menaiki ambulans untuk ke pusat kuarantin.
Terdahulu, ibunya, Herina Wong yang juga menghidap virus Covid-19 dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.
Difahamkan ibunya terpaksa 'ditidurkan' ekoran paras kandungan oksigen dalam badan tidak stabil.

A post shared by @tashamanshahar

#Tasha Manshahar #COVID-19 #Kuarantin #MAEPS
;