Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sebu, Muntah, Naik Biji-Biji Gatal,” - Wanita Hampir Hilang Nyawa Lepas 15 Minit Makan Donut Peach

Mya Amri 21/07/2023 | 07:40 MYT
Gara-gara ingin mencuba makanan yang sedang tular iaitu ‘donut peach’ membuatkan seorang wanita hampir hilang nyawa.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, wanita itu memaklumkan dirinya mengalami alahan teruk dalam masa 15 minit selepas mencuba buah itu.
Malah dia juga terus dikejarkan ke hospital sebelum masuk ke bahagian kecemasan.
“Donut peach’ dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku.
“Sekali makan dalam 15 minit, sebu, muntah-muntah, naik biji-biji gatal dan terus kena pergi kecemasan (hospital),” kongsinya. undefined
Disebabkan itu juga, wanita berkenaan terpaksa menerima suntikan bagi meredakan biji-biji yang timbul di badannya.
“Kena suntik baru rasa macam manusia balik, kalau tak suntik macam beruk sebab menggaru. Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti.
“Ini pengalaman saya makan buah donut peach viral tu, lain orang lain rasanya! Bila jadi macam ni saya pun tak sangka.
“Memang sesak nafas dah rasa separuh nyawa, nasib baik suami ada, kalau tidak tak tahu macam mana.
“Bukan saya tergila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya yang bagi dan saya hargai pemberiannya. Saya pun tidak salahkan dia, harap jelas ya,” maklumnya.
Terdahulu, donut peach menjadi tular kerana bentuknya yang comel selain rasanya yang manis dan extra juicy.
#Viral #Tular #Nyawa #Buah #Buah Peach #Donut Peach #Peach
;