Laman Utama
Sebulan Sambung Belajar Di Singapura, Syed Saddiq Pulangkan Gaji Pada Orang Muar - “I Don’t Deserve To Keep My Salary”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menyerahkan sebulan gajinya pada bulan Mac ini untuk kegunaan parlimen Muar sempena keberangkatannya ke Singapura selama 30 hari untuk menyambung pengajian.
Menerusi laman sosial Facebook, Syed Saddiq memuat naik satu hantaran terkininya menyambung pengajian di NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy untuk tatapan umum.
“Saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy (Biasiswa Penuh). Sejak September 2020 saya telah mulakan Executive course in Public Policy di NUS.
“Sebelum ini kelas semua dibuat secara online tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura. I'll be in Singapore for a month. Saya bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar.
“Saya harap pengajian saya dalam bidang Public Policy ini menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia.
“Sepanjang di Singapura, usaha ini tetap akan diteruskan oleh team saya di Muar.
“Saya juga dengan rendah diri akan mengembalikan gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan Parlimen Muar sepanjang saya di Singapura. I don't deserve to keep my Salary while i further my studies,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut memohon orang ramai untuk mendoakan pengajiannya dipermudahkan dan pulang ke Malaysia dengan selamat.
“Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat,” ujarnya lagi.
Sejak beberapa bulan lalu, pasukan Syed Saddiq telah berjaya bantu lebih 765 buah keluarga untuk menerima komputer riba dan tablet, 5500 buah keluarga terima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Must-Watch Video