Laman Utama
“Sedang Betulkan Kesilapan, Akan Berubah Lebih Baik” - Dikecam & Digelar Sundal Mira Akui Mental Penat
Wanita yang digelar penyondol dan didakwa mempunyai hubungan dengan pempengaruh, View Chin iaitu Amirah Aqilah akui penat berdepan kecaman.
Amirah menerusi akaun Instagramnya membuat luahan hati dan mengakui mentalnya penat selepas menerima pelbagai kecaman negatif netizen di media sosial selepas menjadi tular.
“Ramai yang tanya Meera, (kau ni tak ada perasaan ke! Kau ni tak tahu malu ke! Kau ni nak play victim ke! Kau ni sundal!) banyak kata kata negatif yang Meera dapat.
“Mental Meera sangat penat, doakan Meera ok, Meera cuba untuk bangkit balik,” luahnya.
Bagaimanapun mengakui kesalahannya Amirah juga berkata dia kini sedang cuba memperbaiki kesilapan dan berubah ke arah yang lebih baik.
“Meera ada silap dan Meera sedang perbetulkan silap Meera, kecaman, hinaan, cacian. Semua ni sebab atas diri yang pernah buat silap, Meera akan berubah untuk yang lebih baik.
“Meera doakan semoga urusan korang sentiasa dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah,” tulisnya.
Terdahulu, Mira sebelum ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas isteri View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi.
Sebelum ini, nama View Chin hangat diperkatakan netizen selepas isterinya, Shermine Ah Moi mendakwa bahawa dia berlaku curang dengan pekerjanya sendiri iaitu wanita bernama Mira.
Tidak cukup dengan itu, Ah Moi juga turut mendedahkan beberapa bukti di media sosial miliknya
#Viral
#Kontroversi
#Dikecam
#Isu
#Tular
#Mira
#Berubah
#Penyondol
#Kesilapan
#View Chin
#Ah Moi
#Amirah Aqilah
#Mahu Jadi Lebih Baik
#Penat Mental