“Sedang Melakukan Yang Terbaik Untuk Sembuh” - Tinggalkan Pentas Secara Tiba-Tiba, Jennie BLACKPINK Mohon Maaf
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK iaitu Jennie memohon maaf kerana tiba-tiba meninggalkan pentas sebelum konsert tamat di Melbourne baru-baru ini.
Jennie menerusi platforam Instagram miliknya telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Menurut Jennie, keputusan untuk meninggalkan pentas bukanlah sesuatu yang mudah namun terpaksa dilakukan kerana melibatkan masalah kesihatan dan fizikal.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan pada Ahad lalu. Saya sedang melakukan yang terbaik untuk sembuh.
“Kefahaman dan sokongan yang diberikan oelh anda amat-amat bermakna untuk saya. Terima kasih kepada semua yang hadir ke Melbourne untuk menonton konsert. Saga sayang anda semua,” tulisnya pada Selasa.
Terdahulu, kejadian itu berlaku ketika konsert BLACKPINK di Rod Laver Arena, Melbourne, Australia Ahad lalu.
Jennie terpaksa meninggalkan pentas ketika sedang mempersembahkan lagu kelima mereka pada malam tersebut.