Hiburan
"Sedap Sangat!" - Daging Dendeng Pelakon Veteran Roslan Salleh Tiba-Tiba Viral!
Nama pelakon veteran, Roslan Salleh secara tiba-tiba menjadi perbualan hangat di Twitter apabila gambarnya menjual daging dendeng tular di platform media sosial terbabit.
Pada yang kurang mengenalinya, Roslan merupakan pelakon senior yang sering muncul di filem dan drama tempatan.
Kali terakhir Roslan muncul di layar lebar adalah menerusi filem Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos tahun lalu.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Roslan dilihat sedang menjual daging dendeng di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah Melaka.
Produk jualannya juga dibungkus rapi dengan pelekat jenama Daging Dendeng Pak Lan.Ni pak sedara saya. Nama dia Roslan Salleh. Ramai kenal dia ni rasanya. Skg dia jual daging dendeng dekat Kg. Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka. Marilah datang beli. Sedap weh tak tipu. Klau taknak beli pun, mohon RT untuk rezeki pak sedara saya. Tq sangat-sangat. pic.twitter.com/35iESeDpr2— Eidan (@eidan_shafie) March 29, 2019
Rata-rata netizen memuji usaha Roslan yang kini menceburi bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.
Ye roslan salleh ni pelakon veteran. Support la. Kite nak dtg support pun kite duk jauh. Sedapnye daging dendeng ??— ? (@hanakz_) March 30, 2019
Dulu dia jual goreng pisang dkt Kelemak Alor Gajah pun laris. Semoga Pak Lan dimurahkan rezeki— mirul (@amirulkhr) March 30, 2019
Jadi orang Melaka, apa tunggu lagi, pakatlah serbu 'Daging Dendeng Pak Lan'!Yes sedap sangatttt. Aku dah cuba. Masatu die jual dekat area taming sari. Rugi guys tk cuba ?? pic.twitter.com/j2vnARixOX— Nurul Haziqah (@ZyqaaKhalid) April 2, 2019
Jika mahu membeli daging dendeng terbabit, boleh lakukan carian 'Warung Hijau Rojak Sotong' di aplikasi Waze atau Google Maps.
Must-Watch Video