Hiburan
Sedih Anjing Kesayangan Mati, Menantu David Beckham Saman Pendandan Haiwan
Terlalu sedih kerana anjing jenis Chihuahua mati, pelakon Nicola Peltz meyaman pendandan haiwan tersebut yang didakwa menjadi punca kematiannya.
BERITA TRENDING: Euro 2024 Bermula, David Beckham Sibuk Tuai Bawang & Ternak Ayam
Anak menantu David Beckham itu mendakwa haiwan kesayangan yang diberi nama Nala itu berada dalam keadaan sihat sebelum mati selepas dihantar mendapatkan rawatan pendandan anjing di New York.
Peltz, 29, menulis di Instagram betapa dia berduka dengan kematian Nala yang tidak dapat diselamatkan selepas mengalami masalah bernafas laju dari kebiasaan.
“Ini adalah bulan paling sukar buat saya. Saya malah tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan perasaan saya.
“Nala berada dalam keadaan baik sebelum mati beberapa jam diberi dandanan.
“Kami cuba menyelamatkannya tapi tidak berjaya. Nyawanya telah diambil terlalu awal. Nala adalah ratu hidup saya selama sembilan tahun.
“Berhati-hati kepada siapa anda hantar haiwan anda,” tulisnya.