Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

Asyikin Mayudin
05/07/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.

Keseronokan Menjadi Pelakon

Sentiasa menerima pertanyaan mengenai keseronokan menjadi pelakon, Farah turut memberitahu sesi latihan membaca dialog dan pergerakan juga memainkan peranan yang penting.

“Selalu orang tanya seronok tak jadi pelakon. Seronok dan lagi seronok puas bila rakan lakon kita memberi rasa. Dan bila bermain rasa dengan orang yang ada asas teater atau asas lakon ni yang bestnya kami tahu sedar diri, sedar ruang, sedar rakan lakon dan tidak di bawah sedar.

“Kami rehearsal dialog dan pergerakan agar senang teknikal untuk mengatur langkah mereka. Dan kami berbincang dengan pengarah untuk mendapatkan titik tengah agar apa yang pengarah nak dapat,” kongsinya.

Sedih Dengar Luahan Pelakon

Pada perkongsian yang sama, Farah turut meluahkan rasa sedih apabila mendengar luahan adik-adik dalam industri teater yang mengadu mengenai bayaran yang diterima berbeza dengan pelakon bergelar selebriti.
“Orang teater bukan selebriti kenapa nak kena bayar mahal. Sedih bila dengar adik-adik industri mengadu ada suara mengatakan budak teater bukan selebriti kenapa nak kena bayar mahal.
“Allahuakbar mahal sangat ke adik-adik letak tapi bukankah mereka belajar berlakon tak kisah group teater bertahun atau masuk universiti ke. Mereka belajar mereka bersedia dengan ilmu lakon sebelum masuk industri bekerja.
“Faham akan perniagaan seni tapi jangan menghina tubuh badan yang menjadikan cerita korang ada orang. Kalau dikira gaji dorang sehari tu korang letak mmm gaji pekerja buruh kontrak lagi tinggi tau sehari RM120 pun ada,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Farah turut berkata semua orang termasuk haiwan juga boleh digelar selebriti kerana menganggap gelaran itu yang diberikan oleh media massa.
“Sabarlah adik-adik Insyallah korang akan berada di atas satu hari nanti dan jadikan peringatan dan jaga rezeki kerana yang SATU. Buat yang lain jadikan pengajaran apa yang berlaku pada kenalan yang tidak jujur dan amanah.
“Ingat kita tidak akan sentiasa di atas. Kita ambil hak orang takut nanti pengakhiran kita tidak menarik. Ok kat bawah ni maksud selebriti ye anjing pun boleh jadi selebriti bukan manusia saja.
"Selebriti ialah sebutan untuk kemashuran dan pengiktirafan masyarakat luas terhadap individu atau kumpulan, atau, kadang-kadang, haiwan tertentu, sebagai hasil secara langsung dari perhatian yang diberikan oleh media massa kepada mereka.
“Orang juga boleh menjadi selebriti kerana perhatian media mengenai gaya hidup, kekayaan, atau tindakan kontroversi mereka, atau bahkan kerana hubungan mereka dengan orang terkenal. FAHAM!” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar