Laman Utama
Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Pelakon Elfira Loy akui sedih apabila dia mengalami datang bulan ketika tiba di Makkah untuk menunaikan umrah baru-baru ini.
Justeru, Elfira memberitahu dia hanya perlu berihram dan menjaga pantang larang semasa di tanah suci.
Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah , dekat train station. El (Elfira) tiba-tiba uzur (datang bulan), tak boleh nak buat umrah yang pertama.
"Sedih sangat waktu itu. Tapi walaupun uzur , El masih kena niat buat umrah dekat Miqat pertama dalam train sebab El dari Madinah .
"El cuma perlu berihram dan jaga pantang larang je sampailah boleh," kongsinya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkongsi hantaran berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya di hadapan Kaabah.
Bagaimanapun Elfira tetap bersyukur kerana pada hari terakhirnya di Makkah dia berpeluang juga melengkapkan ibadah umrah meskipun dalam keadaan tergesa.
"Alhamdulillah , masa hari terakhir itu , El dapat juga lengkapkan umrah pukul 10 malam sehingga 12 pagi, selepas itu jam 2 pagi terus buat tawaf Wada. Pukul 4 pagi terus get ready to go to the airport.
"Tu yang terus rasa nak demam tu.
"Tapi sekiranya El tak boleh. El just kena bertahlul ( gunting sikit rambut ) , lepastu tak perlu buat tawaf Wada. Haa macam itu lah untuk yang uzur," kongsinya lagi.
Pada pertengah Januari lalu, Elfira mengerjakan umrah dengan membawa dua orang anaknya Rayyan Khalaf, 3, dan Aria yang berusia setahun.