Berita

Sedih & Pilu, Isteri Hamil Meraung Usap Perut Bila Suami Hanyut Banjir Ditemui

Syafiqah Jalal
05/01/2021
04:08 MYT
Sponsor Banner
Sedih & Pilu, Isteri Hamil Meraung Usap Perut Bila Suami Hanyut Banjir Ditemui
Suasana pilu menyelebungi tempat kejadian apabila seorang isteri meraung kesedihan melihat mayat suaminya yang ditemui selepas menjadi mangsa dihanyutkan banjir dua hari lalu di Jalan Kluang-Kahang, Johor.
Isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, yang hamil enam bulan tidak dapat menahan sebak apabila suaminya, Md Rajihan yang menyelematkannya dalam kejadian banjir itu ditemui dalam keadaan yang tidak diingini.
Suasana rakaman pilu itu dirakam dalam berita TV3 yang melaporkan mengenai kejadian tersebut.
Seorang pengguna twitter turut berkongsi rakaman video tersebut dan akui turut bersimpati dengan mangsa.
“Sedihnya tengok Nisa (isteri tersebut) usap perut sambil menangis lepas mayat suami dia dah dijumpai. Kuatkan dia ya Allah,” tulisnya. Beberapa hari lalu, pasangan ini cuba mengharungi jalan air banjir dan dalam kejadian isterinya sempat diturunkan dari kereta untuk menyelamatkan diri manakala suaminya hanyut bersama kenderannya.
Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.
Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri itu selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.
Sumber: Twitter @ciliappedas, Sinar Harian, TV3
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar