Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

Asyikin Mayudin 18/06/2024 | 09:55 MYT

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.

Leher Luka Hingga Berdarah

Itulah yang berlaku kepada anak ketiga kepada pelakon Yana Samsudin yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan bayinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Faisal Halim Perlu Diberi Bantuan Psikososial – “Beliau Perlu Terima Rawatan Menghadapi Trauma & Kena Ada Kumpulan Sokongan Yang Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Norreen Iman Jadi Mangsa Buli - “Kena Sepak, Tolak, Ni Kaki Dah Luka…”

Menerusi perkongsian Yana di Instagram memperlihatkan bayi lelakinya yang berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher sehingga luka berdarah.

Malah, Yana berkata anaknya bukan mengalami masalah eczema dan dia juga sudah mencuba pelbagai krim gatal namun tetap keadaannya tidak semakin baik.

“Ya Allah… digarunya leher sampai luka macam ini. Kuku dah kerap potong tapi jadi juga… tapi bukan eczema tau.

“Krim leher gatal dah macam-macam dah. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua dah cuba tak ngam dengan Hakeem, anak korang penah jadi macam ini tak?” kongsi Yana.

Kongsi Pengalaman & Tips

Rata-rata netizen di ruang komen turut berkongsi pengalaman berdepan masalah sama selain memberi tips.

“Anak saya pun macam ni muka dia habis calar-calar tapi kuku dah potong! Malam-malam saya bedungkan dia even now dah 4 bulan tidur malam sahaja saya bedung. Now dah slow tak garu. Baju saya cari bamboo material tak panas, kena tidur aircond, sabun baby pakai yang tak buih punya dan jangan mandi terlalu lama.

“Allah... banyaknya kak. Dah bawa pergi klinik ke kak? Kena pakai bib dulu la sementara, risau tengok eh.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

“Baby tak boleh tidur panas. Lagi dia garu. Pakai aircond better. Make sure pakai sarung tangan dan sapu ubat eczema sebelum tidur,” komen beberapa wargamaya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, Aura Aisy Sofea, 4 dan Aisy Hakeem.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"

ARTIKEL BERKAITAN: Nas Muammar Zar Gigih Training Demi Keluang Man, Tak Peduli Cedera & Luka-Luka! - "Ada Hari Berdebar Nak Pergi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Kain Pembalut Luka Gauze, Rupanya Nama Diambil Sempena Gaza

#Yana Samsudin #Masalah Kulit #Anak Yana berdarah #Anak Yana Samsudin #Eczema #Luka berdarah
;