Laman Utama
“Sedihnya…” - Letak Nombor Telefon Ibu Dekat Beg Delivery, Penghantar Makanan Buat Netizen Sebak
Kerjaya sebagai penghantar makanan sememangnya datang dengan risiko kemalangan yang tinggi kerana kebanyakan pekerja mengejar masa dan pesanan dari pelanggan.
Peka dengan risiko ketika bertugas, seorang penunggang p-hailing telah menjentik hati ramai apabila meletakkan nombor telefon ibunya di beg penghantaran miliknya.
undefinedTujuannya sebagai salah satu cara untuk berhubung dengan waris sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar penghantar makanan itu sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ketika bekerja.
BERITA TRENDING: "Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma
“Allahu dia aware..Semoga Allah lindungi adik ni,”
“Nangis pula aku jadinya,”
“Semoga Allah lindungi kamu adik. Amin.”
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh pengguna yang dikenali sebagai @mncuso itu meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok.
Sumber: TikTok