Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sedihnya Ya Allah” - Video Nenek Kutip Botol & Jaga Cucu Dalam Troli Buat Ramai Tersentak!

Hanafis Haris 02/07/2021 | 09:20 MYT

Perkongsian seorang usahawan, Nur Khairina Kassim mengenai sebuah video warga emas ternyata membuatkan ramai tersentak dan sedih.

Menerusi rakaman video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di TikTok itu, warga emas berkenaan dilihat sedang menolak cucunya menggunakan troli.

Apa yang lebih menyayat hati, terdapat juga lambakan botol dipercayai dikutip warga emas tersebut untuk dijual bagi mendapatkan wang.

“Hati tersentuh saat terlihat. Hanya mampu doakan yang terbaik buat makcik sekeluarga amin,” katanya menerusi posting di TikTok.

Difahamkan, ketika kejadian, langit dalam keadaan gelap seakan hendak hujan.

Situasi itu kemudian menambah kesedihan ramai mengenai nasib nenek dan cucunya itu.

Sehingga kini, video tersebut kini telah meraih lebih 350,000 tontonan dan mula viral di platform media sosial yang lain.

Rata-rata netizen dilihat menzahirkan rasa sedih dan simpati mereka.

Tidak kurang juga juga yang mengucapkan terima kasih kepada Nur Khairina kerana sanggup menolong warga emas tersebut.

“Sanggup patah balik kenderaan bantu nenek tu, Allah murahkan rezeki awak.”

“Sedihnya ya Allah dah tua-tua terpaksa jaga cucu, kutip botol.”

“Terima kasih kerana bantu, moga Allah lindungi mereka,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat sedutan video berkenaan di bawah.

#Nenek #Cucu #Video #Troli #Viral.
;