Hiburan
“Sedihnya…Tuhan Mudahkanlah Urusan Mereka” - Netizen Titip Doa Buat Mereka Yang Terpaksa Pajak Barang Ketika PKPB!
Selepas 47 hari ‘berkurung’, semalam merupakan hari pertama rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menerusi PKPB, premis perniagaan kini boleh beroperasi dan kenderaan persendirian pula boleh dinaiki hingga empat orang.
Namun, dalam pada ramai yang bergembira dengan perlaksanaan itu, terdapat juga yang bernasib malang apabila terpaksa menggadaikan barangan mereka.
Situasi ini dapat dilihat apabila gambar orang ramai sedang beratur di hadapan kedai pajak viral di media sosial terutama Twitter.
Difahamkan, gambar tersebut diambil di kawasan bandaraya Ipoh dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur.
Susulan itu, ramai netizen yang melahirkan rasa simpati mereka terhadap apa yang berlaku.
“Tuhan, mudahkan urusan mereka. Hari pertama dibenarkan beroperasi, kebanyakan kedai pajak penuh. Moga baik-baik saja,” kata seorang pengguna Twitter.
“Ya Allah sedihnya tengok, dalam kita duk shopping ada orang sampai bergadai sana sini nak teruskan hidup,” kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat lagi antara reaksi netizen di bawah.
For some people, the first day of #PKPB is the day to visit the pajak gadai shops. We never know the struggle that some are going through. ? #MayThe4thBeWithYou pic.twitter.com/EIdymY4ivi— Tengku Zahasman (@z3mms) May 4, 2020
SEMENTARA itu beberapa kedai pajak gadai di sekitar Ipoh dipenuhi warganegara sejak awal pagi tadi bagi mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) pic.twitter.com/JR6AvvRQeM— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) May 4, 2020
Must-Watch Video