Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Segagal Mana Pun Saya Sebagai Seorang Muslim, Takkan Sanggup Hina Al-Quran" - Haneesya Hanee

Amri Hassan 24/06/2019 | 23:50 MYT
Pelakon dan model tinggi lampai, Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal dan terkesan dengan tindakan penyebaran video yang memaparkan perbuatan dua gadis menghina al-Quran.
Haneesya dalam entri terbaharu di Instagramnya dalam kekecewaan turut berharap kedua-dua individu terbabit diberikan hidayah suatu hari nanti.
"Tak kira betapa teruknya saya, jahatnya saya, gagalnya saya untuk menjadi seorang muslim sejati, tetapi saya takkan menghina al-Quran dan takkan membenarkan sesiapa menghina al-Quran.
"Ini sangat mengecewakan!
"Saya harap dan saya berdoa agar suatu hari nanti al-Quran yang kamu koyakkan, pijak dan hina itu akan membimbing kamu ke jalan kebenaran.
"Kamu hormat kami, kami hormat anda," tulis bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu.

No matter how bad I am No matter how evil I am No matter how I failed to be a good Muslim. But I never disrespect my Quran n will not let anyone disrespect my Quran. This is very disappointing.. I hope n I pray that one day that Quran you tore,step n make fun of. Will guide you one day. You respect us we respect you. #Repost @shafiqal_sukri_ with @get_repost ・・・ ?Share dan Tag rakan anda . Jika rasa kamu bertanggungjawab terhadap agama Islam dan Al Quran ?. . Video lama harap ambik sebagai pengajaran? . @shafiqal_sukri_ . Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda: . إِنَّ هٰذَا الْقُرْآنَ مَأْدُبَةُ اللهِ فَتَعَلَّمُوْا مَأْدُبَةَ اللهِ مَااسْتَطَعْـتُمْ. إِنَّ هٰذَاالْقُرْآنَ حَبْلُ اللهِ الْمَتِيْنِ وَنُوْرٌ مُبِيْنٌ وَشِفَاءٌ نَافِعٌ وَعِصْمَةٌ لِمَنْ تَمَسَّكَ بِهِ وَمَنْجَاةٌ لِمَنِ اتَّبَعَهُ لاَيَعْوَجُ فَيُقَوَّمُ وَلاَيَزِيْغُ فَيَسْتَعْـتِبَ وَلاَتَنْقَضِى عَجَائِـبُهُ وَلَمْ يَخْلَقْ عَنْ كَثْرَةِ التِّرْدَادِ أُتْلُوْهُ فَإِنَّ اللهَ تَعَالىَ يَأْجُرُكُمْ عَلَى تِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَـنَاتٍ أَمَا إِنِّيْ لاَأَقُوْلُ آلمۤ عَشَرَةٌ وَلـٰـكِنَّ اْلأَلِفَ عَشَرَةٌ وَاللاَّمَ عَشَرَةٌ وَالْمِيْمَ عَشَرَةٌ . Maksudnya: “Al-Quran ini adakah hidangan Allah.Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia akan memberikan kamu ganjaran jika kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).” . Riwayat al-Hakim ? . #islam #abangchiksharing #dakwah #dakwahsentap #alquran #cariakudisyurga

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

Haneesya turut mengulang siar sepotong video yang memaparkan aksi biadap dua wanita berkulit putih itu yang memegang kitab suci al-Quran itu sebelum mengoyak dan memijak-mijaknya.
Malah, video yang tular di sosial media sejak beberapa hari lalu itu mencetuskan rasa amarah dalam kalangan netizen.
"Guys! Hanee tahu korang marah. Tapi tak perlu sampai berkata “nk pukul nk nunuh” ya Allah kalau al-Quran tu boleh bercakap dia dah cakap dah “aku ada ajar kau untuk bunuh org ke”?
"Kita nk mengajak agama lain suka agama Kita bukan dengan cara keganasan. The more violence involved the more hate we get," tulis Haneesya lagi.
#Viral #Al-Quran #Viral #Haneesya Hanee
;