Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Segan Nak Jumpa, Saya Tahu Level Saya Macam Mana Tapi….” - Taleeb Mizad Dedah Sikap Humble Syamsul Yusof

Mya Amri 03/10/2022 | 05:30 MYT

Penyanyi, Taleeb Mizab mengimbas kembali detik pertemuan bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Menurut Taleeb, Syamsul merupakan seorang yang sangat peramah, rendah diri dan berbakat besar.

Malah sikap Syamsul yang tidak sombong sewaktu mereka bertemu buat pertama kali juga membuatkan Teleeb yang pada ketika itu merupakan pendatang baharu dalam industri terharu .

“Sedap lah suara awak bro, boleh saya belajar dengan awak nanti." - Syamsul Yusof

“Inilah kata-kata insan hebat bro Syamsul Yusof waktu kali pertama saya berjumpa dengan beliau.

“Memang melekat terus sampai sekarang haha. Humble, friendly dan talented.

“Waktu ini tahun 2016, first time saya jumpa dengan bro Syamsul, sangat humble dan sangat ramah,” tulisnya.

Kongsi Taleeb lagi, pada mulanya dia berasa segan untuk bertemu Syamsul namun tidak menyangka layanan yang diberikan oleh anak kepada pengarah, Yusof Haslam itu membuatkan dirinya tidak berasa kekok.

“Saya rasa segan sangat waktu first time jumpa , sebab ialah saya tahu level saya waktu tu macam mana.

“Orang kampung biasa je yang nak menempa nama dalam industri, masih baru dan setahun jagung je, tapi cara bro Syamsul meraikan org lain seolah macam dah kenal lama.

“Satu contoh yang baik dan memberi inspirasi. Massive respect. Sebab tak ramai yang ada talent atau skil komunikasi yang baik dan confident level yang tinggi.

“Tambah lagi saya bawa semua anak, isteri, adik dan mak saya sekali waktu event ni. Bro Syamsul pun treat baik keluarga saya dengan hormat dan sangat ramah,” jelasnya.

A post shared by TALEEB MIZAD™ (@taleebmizad)

Dalam pada itu, Taleeb juga turut memuji karya filem Syamsul iaitu Mat Kilau yang menjadi fenomena pada ketika ini.

“Mungkin perkongsian saya ni simple je, tapi hari inj, bro Syamsul Yusof dah martabatkan bangsa dan agama dengan sentuhan beliau melalui filem mat kilau.

“Yang utama sekali, mesej yang nak disampaikan dalam filem tu, sampai kepada bangsa dan masyarakat melayu.

“Ini realiti situasi keadaan bangsa kita. Kita perlu berjiwa besar dan berani untuk dream big. Bawa imaginasi kita ni terus jadi realiti.

“Alhamdulillah hingga ke hari ini, saya bersyukur dapat jaga hubungan silaturahim yang baik dengan beliau.

“Dan saya pasti bila kita berkata yang baik, bertindak dengan perkara yang baik dan bersangka baik dengan aturan Tuhan, besar ganjaran yang bakal kita terima dariNya.

“Tahniah bro @syamsulyusoffilm dan team , atas kejayaan filem Mat Kilau yang membawa nama Malaysia ke pentas dunia,” coretnya.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Syamsul Yusof #humble #Taleeb Mizad
;