Laman Utama

Segan, Sabri Yunus Tolak Jadi Duta Ubat Kuat - “Mentang-Mentang Kami Yang Dah Berusia Kahwin…”

Gempak
05/11/2023
02:48 MYT
Sponsor Banner
Segan, Sabri Yunus Tolak Jadi Duta Ubat Kuat - “Mentang-Mentang Kami Yang Dah Berusia Kahwin…”
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, mendedahkan ada pihak yang menawarkan dirinya menjadi duta produk ubat kuat.
Bagaimanapun Sabri merasakan tawaran itu tidak sesuai dengan usianya dan telah menolaknya dengan baik.
"Mentang-mentang kami yang dah berusia kahwin, ada pihak tawarkan produk ubat kuat dan saya tolak. Saya segan dengan pandangan masyarakat sekeliling.
"Saya jawab kalau kamu ada produk yang mengurangkan (tenaga batin) saya nak. Nak tambah kuat saya tak nak," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
Ditanya mengenai majlis resepsi yang diadakan, Sabri dan Angeline terharu apabila terus diraikan rakan-rakan penggiat industri dan orang luar.
"Ini satu benda yang saya tak pernah jangka dan tak pernah fikir untuk buat. Resepsi ini adalah perkara yang kami tak buat kerana yang pertama kami tua, nak buat apa resepsi?
"Yang kedua kami tiada duit, tapi bila jadi macam ini, ada siri-siri yang nak buat resepsi, bagi kami rasa sangat beruntung.
"Saya tak sangka. Saya rasa Allah sayang saya, saya rasa juga orang sayang saya. Alhamdulillah," ujarnya.
Bercerita lanjut, Sabri berkata, ada beberapa resepsi lagi yang akan diadakan di mana jumlah semuanya tujuh termasuk di Kelantan secara besar-besaran.
Saya tak tahu dan serahkan saja kepada pihak yang menganjur. Kalau jadi, jadilah. Saya tak fikir orang nak gunakan populariti kami dan lebih fikir orang sayang.
"Kami tak fikir orang tumpang kita sebenarnya. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita dan kita sangat menghargai dan kita rasa terharu," katanya.
Mengulas sekiranya perkahwinan mereka boleh dianggap Wedding Of The Year', pasangan ini memaklumkan mereka sedia menerima kenyataan ini.
"Kami terima orang nak kata macam itu walaupun kita masih pening, dan macam tak percaya. Tapi tak mengapa apa yang boleh saya kata saya bersyukur.
"Walaupun saya mungkin tak dapat pergi ke tempat yang orang nak raikan kita, saya akan umumkan juga nama pihak-pihak yang nak buat dan tempatnya. Sebenarnya kami penat tapi kita ikutlah," jelasnya.
Terdahulu, Sabri dan Angeline Tan selamat dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.
Sumber: HARIAN METRO
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar