Laman Utama

“Segan Sorang, Kena Bawa Tentera” - Jumpa Di Pusat Karaoke, Amylea Azizan Malu-Malu Pertama Kali Bertemu Suami

Mya Amri
03/12/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Segan Sorang, Kena Bawa Tentera” - Jumpa Di Pusat Karaoke, Amylea Azizan Malu-Malu Pertama Kali Bertemu Suami
Penyanyi, Amylea Azizan mengimbas kembali detik manis pertemuan bersama dengan suaminya Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Amylea menerusi hantaran di akaun Instagramnya telah memuat naik satu video yang merakamkan dirinya sedang menyanyi di sebuah pusat karaoke.
Menurut Amylea, dia hanya sempat berjumpa dengan Ash sebanyak lima kali dan pertemuan pertama kali mereka adalah di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur sambil ditemani rakan-rakanya.
“Kami jumpa depan depan secara total adalah sebanyak enam kali. Video ini adalah pertama kali Ash turun KL,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amylea juga menyatakan perasaan gementar sewaktu pertama kali bertemu suaminya.
Ketika itu Amylea sedang menyanyi lagu berjudul Tak Ingin Sendiri nyanyian asal Hetty Koes Endang sebelum Ash masuk secara tiba-tiba.
“Masa ni pertama kali jumpa Ash, jadi kawan kawan ajak karaoke bersama. Seganlah jumpa sorang sorang kena bawa tentera.
“Tengah menyanyi tiba-tiba gementar bila Ash masuk. Ni lagu kegemaran dia rupanya. Terus dia rekod kita, segan wak,” tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Kenal Beberapa Bulan, Amylea Nikahi Pegawai Bomba Singapura

Terdahulu, Amylea sebelum ini mendedahkan dia sah bergelar isteri kepada Ash dalam satu majlis yang dirahsikan tarikhnya.
Majlis resepsi bakal berlangsung pada 27 Januari tahun depan.
Pasangan ini bagaimanapun menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan seorang anggota bomba yang sedang berkhidmat di Singapura.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar