Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sejak Orang Tu Fitnah…”- Masih Terima Ugutan, Caprice Tak Rasa Kelakar, Nanti Boleh ‘Waze’ Padang Mahsyar!

Hanafis Haris 21/09/2021 | 07:45 MYT
Penyanyi rap Caprice tidak merasakan ugutan diterimanya daripada individu tidak dikenali satu perkara yang boleh dibuat gurau.

Menurutnya, apa yang menghairankan segala perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh individu yang menggunakan akaun sahih dan bukannya palsu.

“Mungkin untuk sesetengah orang, ugutan bunuh atau cabar jangan masuk Pulau Pinang atau Pahang, tunggu depan KLIA atau mana-mana itu satu perkara lawak.

“Tidak, it's not funny. Semua ini dibuat oleh orang dengan akaun yang real,” katanya.

Jelasnya, selepas difitnah oleh seseorang, dia tidak henti-henti menerima ugutan oleh pelbagai pihak.

“Sejak orang itu fitnah kita sampai satu Malaysia kecoh. Hari-hari Caprice terima ugutan.

“Korang tunggu jap, tak lama lagi. Bila kebenaran sudah keluar, saya harap semua tu boleh siap sedia ‘waze’ cari kita di padang mahsyar.

“Dekat dunia, yang berani ugut kita ada undang-undang. Jumpa Caprice depan-depan dulu baru settle,” katanya menerusi Instagram Story.

Terdahulu, Caprice pernah mendedahkan telah menerima lebih 60 kes ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memberitahu disebabkan ugutan-ugutan tersebut, dia terpaksa diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang cukup ketat.

“Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh sebenar, nak jumpa depan pagar, nak turun pejabat, ajak jumpa, ugut jangan sampai Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi.

“Saya diletakkan di bawah kawalan keselamatan, selama 24 jam, tujuh hari seminggu sejak sampai Kuala Lumpur,” dedahnya.

BACA : Diugut Jangan Datang Pulau Pinang, Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ancaman Bunuh - “I Have Been Under 24/7 Security..”

#Viral #Ugut #Penang #Caprice
;