Laman Utama

“Sejam Dalam Flight & Pakai Mask I Dah Rasa Macam Nak Mamp*s” - Michael Ang Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Pesawat Pasca COVID-19

Izwan Isa
12/09/2022
13:20 MYT
Sponsor Banner
“Sejam Dalam Flight & Pakai Mask I Dah Rasa Macam Nak Mamp*s” - Michael Ang Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Pesawat Pasca COVID-19
Pengarah dan penerbit Michael Ang mempersoalkan bagaimana penumpang-penumpang dalam kapal terbang boleh bertahan duduk dengan pelitup muka untuk tempoh masa yang lama.
Michael berkata, dia sendiri tidak dapat bertahan dengan pelitup muka walaupun hanya terbang ke lokasi dalam Malaysia iaitu ke Kota Bharu, Kelantan.
“Seriously macam mana you all tahan fly jauh-jauh, berjam-jam dan kena pakai mask. First time fly sejak COVID-19 dan ke Kota Bharu sahaja.
“Sejam dalam flight dan pakai mask I dah rasa macam nak mamp*s. No more flying sampailah tak payah pakai mask daIam flight dah. Cuti sajalah dalam Malaysia dan boleh sampai dengan kereta!” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata dilihat berkongsi pengalaman yang memerlukan mereka mengenakan pelitup muka dalam masa yang lama.
Ada yang perlu mengenakan pelitup muka selama lapan jam atas alasan kerja, dan ada juga yang terbang ke luar negara dalam tempoh yang agak lama.
Terdahulu, peraturan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup telah tidak diwajibkan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar