Hiburan

"Sejujurnya Ini Pregnancy Yang Ke 5 .." - Sari Yanti

Zulaikha Yusof
01/03/2019
04:45 MYT
Sponsor Banner
"Sejujurnya Ini Pregnancy Yang Ke 5 .." - Sari Yanti
Pelakon Sari Yanti mendedahkan sudah lima kali hamil sepanjang perkahwinannya justeru sangat mudah menyedari dirinya berbadan dua.
Sari memberitahu perkara itu menerusi ruangan Instagram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat pada Khamis lalu.
"Sejujurnya ini pregnancy yang ke 5. Jadi memang senang je nak perasan kalau pregnant.
"Pergi medical check up for baby macam biasa..Masa tu tau jantung baby berhenti," tulisnya.
Dalam pada itu, Sari juga menidakkan punca bayi meninggal berpunca dari segi pemakanan ataupun akibat terlampau lasak.
"Tak ada salah apa-apa atau siapa-siapa. Jantung baby berhenti tiba-tiba," tulisnya.
Terdahulu, Sari telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram(IG) miliknya.
Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.
Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar