Laman Utama

“Sejuk Menggigil, Kahak Berdarah”- Alami Simptom Covid-19 Teruk, Hospital Tak Terima Mimi Lana?

Syafiqah Jalal
05/03/2022
02:52 MYT
Sponsor Banner
“Sejuk Menggigil, Kahak Berdarah”- Alami Simptom Covid-19 Teruk, Hospital Tak Terima Mimi Lana?
Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia mengalami simptom yang agak teruk selepas disahkan positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Berkongsi pengalamannya menghidap wabak itu, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, memberitahu selain sakit-sakit badan dia juga mengalami kahak berdarah.
“Satu badan sakit rasa macam tulang semua dipatah-patah sampai tak tahu nak duduk posisi macam mana. Sejuk menggigil, kahak berdarah, berpeluh-peluh sampai sesak nafas yang sangat teruk,” dedahnya.
Mimi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Mimi lagi, paling buruk sekali apabila kadar oksigennya menurun amat mendadak dan berbahaya.
“Saya panik kerana kadar oksigen saya turun sehingga ke 85 dua hari lalu,” kongsinya.
Apa yang menyedihkan apabila dia telah menghubungi pihak hospital namun difahamkan mereka tidak dapat menerima pesakit lain kerana keadaan hospital yang penuh akibat lonjakan kes Covid-19.
“Saya telefon hospital tetapi kebanyakan dah penuh kerana kes Covid-19 yang sangat banyak dan mereka tak terima pesakit sebab semua katil dah penuh,” katanya.
Mimi memaklumkan keadaan dirinya kini semakin bertambah pulih berbanding sebelumnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar