Gaya Hidup
Sekali Dah Masuk Lubuk Duit Ni, Memang Tebal Poket Korang!
Apa azam 2018 korang? Mungkin ada yang berazam nak bantu tambah pendapatan keluarga, nak kumpul lebih banyak duit simpanan, atau mungkin nak melancong ke luar negara. Apa kata korang sertai program lubuk duit ni!
Mungkin ada diantara korang yang dah pernah lakukan kerja sampingan seperti khidmat penghantaran penumpang atau barangan, mengambil tempahan kek dan biskut atau ada juga yang dah buka perniagaan sendiri macam Encik Mohd Nizam ni! Pertama sekali, kita mesti kena ada ilmu asas keusahawanan dan tahu saluran yang terbaik untuk pasarkan produk kita.
Tak perlu risau.. Korang boleh jana pendapatan tambahan dengan satu lagi program iaitu eRezeki. Pilih je mana-mana tugasan yang sesuai dengan kepakaran, kebolehan dan masa kita sendiri. Korang akan dibayar mengikut tugasan yang telah berjaya dilaksanakan. Contoh macam Encik Kama Rizal ni, walaupun ada pekerjaan tetap tetapi masih mengambil peluang untuk melakukan kerja sambilan dengan program eRezeki. Pendapatan tambahan yang diperoleh pula pernah mencecah sehingga RM3,000 tau!