Hiburan

"Sekali Dua Berita Mai Sekali. Pregnant & Ada Abnormal Cell .." - Nourul Depp Kongsi Perjalanan Isabella

Zulaikha Yusof
08/05/2019
04:28 MYT
Sponsor Banner
"Sekali Dua Berita Mai Sekali. Pregnant & Ada Abnormal Cell .." - Nourul Depp Kongsi Perjalanan Isabella
Penyanyi Nourul Depp berkongsi sepanjang perjalanan bayi yang baru dilahirkannya, Isabella Depp ketika dalam kandungan sehingga dia dilahirkan pada 30 April yang lalu.
Menurut Nourul, dia diberitahu oleh pakar ginekologi atau sakit puan yang dirinya mengalami 'abnormal cell' di bahagian serviks.
Nourul mendedahkan dia menerima keputusan itu ketika sedang hamil lima minggu.
"Ceritanya tentang kejadian #isabelladeep. Maha suci Tuhan yang pemurah.
"Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni #isabelladeep dah dilahirkan dengan selamatnya.
"Kami plan tahun lepas selepas @yestowellness pujuk bukan main bulan Mei 2018 di Singapura sewaktu kami hadiri #extravaganza2018 yang dianjurkan #herbalifenutrition.
"Plan awal-awal sebab nak girl. Ramai yang kata guna #chinesecalendar. Study la kami pun.
"Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu kami ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada.
"Kena pulak result tu keluar masa kami dah 5 minggu pregnant! Sebenarnya dengan tidak sengaja.
"Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi.
"Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan cancer ya.
"Selalunya doctor kata takde sebab hanya kurang bernasib baik.
"Kami pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh-tumbuh dan cancer ni. So sentap sat and terduduk sat. Takutlah jugak kan.
"Kami terpaksa buat biopsy untuk ambik sel tu. Punya lah takut tergugur.
"Gynae yang sangat hebat #datukdrazizyahaya, dan dengan izin Allah, selepas biopsy, kami rehat sungguh-sungguh.
"Alhamdulillah takdak apa yang berlaku. Syukur sangat-sangat. Kami dok buat busy ja. Fokus kerja and #divakurus kami. .
"Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat #isabelladepp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT," tulisnya.
Tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka ini, dia mendedahkan pernah terjatuh sebanyak dua kali sepanjang hamil.
"Nampak kami happy dan ceria, sepanjang pregnant sebenarnya takut sangat. Lepas tu, dua kali jatuh pula tu!
"Sekali masa perut lima bulan di France dan sekali di rumah masa 35 minggu. Sekali lagi satu trauma pada kami. .
"Sekali lagi Allah bantu. Kalau itu yang dimahukan Allah, tiada yang dapat menghalang. Hanya Dia yang besar dan berkuasa.
"Inilah cerita di sebalik #isabelladepp .
"Sat ni kami share gambar dia na. Terima kasih di atas segala doa yang dihantarkan kepada kami," tulisnya lagi.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Deep, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
Cerita nya tentang kejadian #isabelladepp . Maha suci tuhan yang pemurah. Alhamdulillah bila difikirkan semula yang hari ni #isabelladepp dah dilahirkan dengan selamatnya . Kami plan tahun lepas selepas @yestowellness pujuk bukan main bulan mei 2018 di singapura sewaktu kami hadiri #extravaganza2018 yang dianjurkan #herbalifenutrition . Plan awai2 sebab nak girl. Ramai yang kata guna #chinesecalendar . Study lah kami pun. . Dalam pada tu, selepas pap smear tahun lepas, gynae kami bagitahu kami ada abnormal cell di cervix. Allah. Luruh dada. Kena pulak result tu keluaq masa kami dah 5 minggu pregnant! Sebenaq nya dengan tidak sengaja. Ingatkan selepas 3 bulan mencuba, dah tak jadi. Sekali dua berita mai sekali. Pregnant dan ada abnormal cell. Bukan cancer ya. Selalunya doctor kata takde sebab hanya kurang bernasib baik. Kami pulak ada history dalam keluarga yang tumbuh2 dan cancer ni. So sentap sat and terduduk sat. Takut lh jugak kan. . Kami terpaksa buat biopsy untuk ambik sel tu. Punya lah takut tergugur. . Gynae yang sangat hebat #datukdrazizyahaya, dan dnegan izin Allah, selepas biopsy, kami rehat sungguh2. Alhamdulillah takdak apa yang berlaku. Syukur sangat2. . . Kami dok buat busy ja. Fokus kerja and #divakurus kami. . Alhamdulillah bersyukur sangat2 , #isabelladepp sihat dan tiada apa apa masalah. Syukur dengan nikmat Allah SWT. . Nampak kami happy dan ceria, sepanjang pregnant sebenaqnya takut sangat. Lepas tu, 2x jatuh pulak tu! . Sekali masa perut 5 bulan di france dan sekali di rumah masa 35 minggu. Sekali lgi satu trauma pada kami. . Sekali lagi Allah bantu. Kalau itu yang dimahukan Allah, tiada yang dapat menghalang. Hanya Dia yang besar dan berkuasa. . Inilah cerita di sebalik #isabelladepp . Sat ni kami share gambaq dia na. Terima kaish di atas segala doa yang dihantarkan kepada kami. . #deppfamily #thedepps #littledepp #littledeppinasia #yestowellnesscouple .
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar