Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Sekali Lafaz, Hazama Sah Bergelar Suami Genervie Kam

Kamaruddin Razal 15/01/2017 | 05:16 MYT
Penyanyi Hazama sah bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam dengan sekali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi.
Majlis pernikahan antara Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 33, bersama Genervie, 37, berlangsung di Orchid Villa, Gombak.
Di majlis tersebut, Hazama menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Genervie.
Majlis tersebut dilangsungkan secara tertutup dan kecil-kecilan dengan mengutamakan perkara wajib seperti yang dituntut agama.
Menjalinkan hubungan selama lima tahun, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
"Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.
"Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran," katanya kepada BH Online.
Dalam perkambangan lain, Hazama bakal beraksi membawakan lagu Di Amaran Mama di pentas Anugerah Juara Lagu 31 pada 22 Januari ini.
Sumber: BH Online
Foto: HLive
#Nikah #Hazama #Genervie Kam #Hazama
;