Laman Utama
Sekat Rakyat Dari Melawat Malaysia, Pasport Negara Indonesia Dari Tahun 1964 Tular
Tular di Platform X menunjukkan pasport negara jiran iaitu Indonesia dari tahun 1964 yang menyekat rakyatnya melawat Malaysia.
Dalam entri yang dibuat oleh @TravelJimat di aplikasi X, dapat dilihat pasport berkenaan menyekat beberapa negara untuk dilawati rakyat Indonesia seperti Israel, Taiwan, dan paling memeranjatkan adalah Malaysia.
“Berlaku untuk seluruh dunia kecuali Taiwan, Israel dan apa juga yang dinamakan Malaysia.” maklum hantaran berkenaan.
Passport lama Indonesia dari tahun 1964 yang tengah VIRAL kat page2 Indonesia sekarang...antara yang menarik ditulis :‘Berlaku untuk seluruh dunia ketjuali: Taiwan, Israel, dan apa juga dinamakan “Malaysia" pic.twitter.com/N9adPTL2Cq— Travel Jimat (@TravelJimat) December 11, 2023
BERITA TRENDING: “Kami Belajar Di Singapura Sejak Kecil” - Wanita Ini Rasa 'Dihina' Kerana Diminta Cakap Melayu Ketika…
Perkara itu mendapat perhatian warganet di mana ada yang berpendapat hal itu berlaku kerana Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 hingga 1966.
Sekadar info, konflik Malaysia-Indonesia berlaku akibat daripada bangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau Penyatuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) pada tahun 1963.
Presiden Soekarno juga sebelum ini pernah memutuskan hubungan ekonomi, politik dan sosial antara Persekutuan Tanah Melayu.
Must-Watch Video