Hiburan

Sekian Lama Menyepi, Jeslina Hashim Tayang Boyfriend Baru

Amri Hassan
28/08/2018
06:52 MYT
Sponsor Banner
Sekian Lama Menyepi, Jeslina Hashim Tayang Boyfriend Baru
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia mendedahkan kini sedang berkenalan dengan seorang usahawan kacak, Tunku Eddy Nasruan Adil Mudzaffar.
Maklum Jeslina, 40, hubungannya bersama Pengarah platform beli-belah dalam talian, Pasar, itu bermula sejak tiga tahun lalu namun belum merancang untuk ke fasa selanjutnya.
"Kami berkenalan lebih kurang tiga taun. Untuk perancangan ke fasa selanjutnya, belum ada lagi. Kebanyakannya plan untuk holiday sahaja.
"We take very small step, very slow and no rush.
"Anak-anak saya pun sayang sangat dengan dia. Perangai pun dah macam anak saya.
"Apapun, saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang," katanya kepada Gempak.
Jeslina hadir bersama Tunku Eddy pada majlis tayangan perdana filem Munafik 2 di e@Curve, Damansara malam tadi.
Berkongsi perkembangan terkini, Jeslina lebih banyak memberikan tumpuan untuk bisnes dan keluarganya.
"Sekarang saya banyak luangkan masa dengan bisnes, travel dan anak-anak.
"Biasanya anak-anak akan bersama dengan saya seminggu kemudian bersama bekas suami saya seminggu," tambah Jeslina.
Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim telah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada tahun 2005 namun bercerai pada 2013.
Menerusi perkahwinan itu, Jeslina dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 11, dan Keira, 9.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar