Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Sekumpulan Pelancong Malaysia Membuat Permohonan Maaf Kerana Mengibarkan Jalur Gemilang Di Depan Taj Mahal

Izwan Isa 17/02/2024 | 02:55 MYT
Sekumpulan pelancong dari Malaysia membuat permohonan maaf secara bertulis selepas ditegur kerana mengambil gambar berlatar belakangkan Taj Mahal sambil memegang Jalur Gemilang.
Menerusi laporan yang diterbitkan oleh Hindustan Times, kumpulan pelancong yang terdiri daripada enam wanita dan seorang pemandu pelancong tempatan menerima kritikan selepas rakaman video mereka memegang bendera viral di internet.
Sungguhpun ia dilihat sebagai satu hal yang normal, namun, menjadi satu kesalahan bagi mempromosikan sesuatu di sekitar bangunan bersejarah itu.
Penolong kanan pemuliharaan Kajian Arkeologi India, Putera Vajpayee, menegaskan bahawa aktiviti sedemikian tidak dibenarkan di tapak tersebut.
Sejurus selepas disoal siasat, pelancong berkenaan memberitahu yang mereka tidak tahu menahu mengenai larangan tersebut.
Mereka mengemukakan permohonan maaf secara bertulis atas tindakan mereka dan kemudiannya dibenarkan keluar.
Pemandu pelancong India yang mengiringi mereka juga mendakwa tidak tahu mengenai norma monumen itu.
Sumber: Hindustan Times
#Jalur Gemilang #Taj Mahal #Malaysian
;