Hiburan
“Sekurang-Kurangnya Dia Buat...Syahmi Jalan Terus!” - Datuk Adi Putra Pertahan Karya Mael Totey The Movie
Pelakon Datuk Adi Putra tampil mempertahan filem Mael Totey The Movie (MTTM) selepas segelintir indvidu cuba untuk mengkritik karya tersebut.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting terbaharu di Instagramnya, hari ini.
“Pada netizen banyak bunyi tu aku ‘langgar’. Sekurang-kurangnya dia buat, bukan cakap baru nak buat.
“Bagus ke tak cerita belakang. Pada Syahmi jalan terus.
“Aku sokong bangsa Melayu,” katanya.
Menyedari sokongan tersebut, pengarah MTTM Syahmi Sazli turut mengucapkan terima kasih menerusi ruang komen di posting berkenaan.
“Terima kasih bang,” tulis Syahmi.
Sementara itu, menerusi ruang komen juga rata-ratanya memuji sikap Adi Putra yang menyokong usaha dan karya golongan muda seperti Syahmi.
Terdahulu, MTTM telah dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar oleh seorang pelakon dann pengarah senior.
Menurut individu berkenaan, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.
“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya.