Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Sekurangnya Kami Tak Tukar Laksa Dengan Spageti” - Netizen ‘Perang’ Antara Laksa Johor & Kedah

Azwa Rahman 19/05/2021 | 12:20 MYT
Tular di laman sosial 'perang' di antara laksa dari Kedah dan laksa dari Johor hingga ada wargamaya yang mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam menu kegemaran rakyat Malaysia itu.
'Perang' tersebut dikatakan bermula di sebuah grup masakan berkongsi ilmu kuih-muih di mana seorang wanita dikenali Sarah Az-zahra telah berkongsi resipi laksa Johor menggunakan ikan kembung.
Namun 'peperangan' itu bertukar hangat apabila seorang suri rumah bernama Ummi Sarah Az Zahra berkongsi resepi cara membuat laksa Johor menggunakan ikan sardin di grup berkenaan.
Pada mulanya, wargamaya memberi reaksi positif pada perkongsian resipi itu namun tampil pula seorang wanita dikenali Siti Rahmah Ahmad memuat naik komen menggunakan ikan tenggiri untuk membuat kuah laksa Johor kerana dakwanya ikan kembung atau selayang hanya layak digunakan oleh orang utara atau pantai timur sahaja.
Menurutnya, "Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri, jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung atau selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur".
Komen berunsur kecaman itu telah mengundang kemarahan penggemar laksa dari seluruh negeri.
Malah ada juga wargamaya yang menyokong kenyataan Siti Rahmah mengenai penggunaan ikan tengggiri dalam masakan laksa yang disifatkan lebih enak.
"Laksa Johor memang sinonim dengan guna ikan parang atau tenggiri. Saya sependapat dengan Siti Rahmah. Kuah laksa Johor sangat beza daripada kuah laksa negeri lain kerana ikan yang digunakan,” jelas seorang wargamaya.
"Kalau guna ikan kembung atau ikan sardin, ikan selayang itu boleh tapi rasanya macam kuah laksa Penang atau laksa Kedah. Untuk jaga keunikan laksa Johor jenis ikan yang digunakan adalah penting. Maaf kerana saya penggemar laksa Johor yang tulen," komen seorang wargamaya.
Tampil mempertahankan resipi mereka, penyokong laksa Kedah juga memberi hujah sehingga terjadilah 'perang' antara laksa Johor dan laksa Kedah.
"Sekurangnya kami tak tukar laksa dengan spageti. Apabila laksa dekat peket laksa tu tulis laksa bukan spageti. Apa barang buat laksa letak spageti. Aku buat laksa pakai ikan kayu ke sardin ke, setakat tenggiri dengan parang tu buat ikan masin je. Orang nak buat laksa, dia pun nak buat laksa,” ujar seorang wargamaya.
"Saya orang kayangan... tapi saya buat laksa Johor pakai kembung besar... sedap hingga menjilat jari... yang penting rajin masak dan ada ikan kurau kering, masak dengan kasih sayang, tak kira ikan apa sekali pun, jangan menghina,” luah seorang wargamaya.
Saya pakai ikan paus ramai boleh makan, pakailah apa pun jenis ikan tetap sedap, kalau pakai daging atau ayam tu yang pelik. Jangan gaduh-gaduh pasal masak dah kenapa buat malu ja cek oiiiii... dah berdamailah ye.. 0-0. Selamat Hari Raya maaf zahir batin,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian resipi laksa itu meraih lebih 4,700 komen dan 4,500 perkongsian dari wargamaya.
Sumber: Sinar Harian
#Laksa Johor #Laksa Kedah #Resipi Laksa
;