Laman Utama

“Selalu Cerita OKU Sedih-Sedih Tapi…” - Sharifah Amani & Sharifah Aleysha Tersentuh Menonton Filem Eye On The Ball

Azwa Rahman
29/08/2020
03:14 MYT
Sponsor Banner
“Selalu Cerita OKU Sedih-Sedih Tapi…” - Sharifah Amani & Sharifah Aleysha Tersentuh Menonton Filem Eye On The Ball
Pasangan adik-beradik Sharifah Amani dan Sharifah Aleyha berkesempatan menonton filem pasukan bola sepak cacat penglihatan negara, Eye On The Ball.
Bagi Amani, dia begitu tersentuh apabila filem ini dirakamkan dengan baik dan berharap genre dokumentari mendapat tempat di hati penonton.
“Saya gembira bila filem ini dibuat dengan cantik, emosi dapat sampai terus kepada penonton.
“Kadang-kadang kita dengar cerita pasal orang yang kelainan upaya ni, semuanya cerita sedih-sedih macam nak tarik simpati.
“Tapi dalam cerita ni, saya belajar dan saya tengok daripada mereka adalah semua orang pun berhempas pulas. Kepayahan kita lain-lain,” ujar Amani.
Menurut Aleysha pula, dia sangat menggemari watak jurulatih Sunny yang begitu komited dan berdedikasi terhadap pasukannya.
“Saya paling suka jurulatih Sunny sebab walaupun yang lain buta tetapi ada impian nak bermain bola sepak, dia tak kisah. Malah dia layan mereka semua seperti pemain bola sepak yang lain.
“Salah seorang pemain juga cakap dalam bahasa Sabah dan juga loghat Kelantan, ini cara terbaik untuk gambarkan landskap Malaysia,” jelas Aleysha lagi.
Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.
Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar