Laman Utama
Selalu Masak, Basuh & Lipat Baju, Nabila Huda Imbau Kebaikan Suami Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7
Sempena dengan ulang tahun ketujuh perkahwinan, pelakon Nabila Huda meluahkan rasa terima kasih kepada suami tercinta.
Menerusi kemas kini di Instagram, Nabila mendedahkan hal-hal baik yang selalu dilakukan oleh suaminya, Mohd Izwan Johar, terutama dalam melayani karenahnya sebagai seorang isteri.
“Dear husband, terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu (Keisha Laila). Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan karenah isteri mu yang dramatic ini.
“Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata, tidak banyak yang dipinta melainkan kasih sayang serta keikhlasan suaminya dalam menjaga dia dan anak setiap masa.
“Takda apa yang saya minta daripada awak, cukuplah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan Keisha macam tuan puteri setiap hari. Masak, buat kerja rumah, basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah, buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami.
“Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you. We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok. I'm scared of losing you. I can't imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” tutup Abil.
Untuk rekod, Nabila Huda mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.