Hiburan
Selalu Sangat Dapat Foto & Mesej Lucah, Joy Revfa Sampai Tak Larat Nak 'Blocked'!
Usahawan kosmetik Joy Revfa berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menghantar mesej lucah kepada dirinya.
Joy Revfa berkata dia terlalu kerapa menerima mesej dan foto lucah daripada individu menggunakan akaun palsu.
“Hampir setiap hari saya kena gangguan seksual dan terima mesej serta foto lucah daripada pengguna akaun palsu.
“Dah berapa kali sekat pun masih lagi menggangu mereka ni. Sampai saya dah letih nak sekat akaun mereka yang melakukan perbuatan terkutuk macam ni,” katanya.
Semalam (Rabu) Joy Revfa telah memuat naik sebuah paparan srin mesej dan foto lucah yang diterimanya di laman sosial Facebook.
Menerusi ruangan kapyen, Joy Revfa menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap perlaku biadab ini yang dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal.
Sumber: mStar Online