Laman Utama

“Selama Ini Orang Ingat Saya Main-Main, Now Lets Play This Game…”- Puteri Sarah Ambil Tindakan Menyaman Orang Ketiga

Shahrin Zulkifle
30/06/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
“Selama Ini Orang Ingat Saya Main-Main, Now Lets Play This Game…”- Puteri Sarah Ambil Tindakan Menyaman Orang Ketiga
Hampir empat tahun mendiamkan diri, Puteri Sarah akhirnya mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang cuba menjatuhkan maruahnya.
Menurut Sarah,37, tindakan itu diambil selepas individu terbabit yang juga merupakan orang ketiga punca keruntuhan rumah tangganya itu telah mencabar Sarah beberapa kali untuk menyaman dirinya.
“Tujuan saya melakukan ini pertama sekali kerana saya perlu mempertahankan maruah saya yang dah tercalar yang selama ini saya diamkan.
“Hal ini tidak akan pergi sejauh ini kalau saya tidak diganggu oleh pihak ketiga yang berani mencabar saya.
“Dia kata pada saya bila mahu saman? Dia minta peguam saya bertindak laju kerana sudah meluat. Maka seperti yang di minta, hari ini lah,” jawab Sarah.
Hari ini Sarah hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama wakil peguamnya untuk meyambung kertas kes yang dibuka sebulan lalu.
Tambah Sarah lagi, dirinya sudah berusaha beberapa kali untuk tidak membesarkan isu ini dan mencuba menyelesaikan secara baik kerana memikirkan kesan dan akibatnya kelak.
“Sebelum saya nak buat ini, saya melakukan solat istikharah dan mendapatkan pandangan peguam, akhirnya saya nampak jalan itu.
“Sampai bila saya akan dipijak begini, sekarang saya akan perjuangkan hak saya.
“Selama empat tahun ini saya diam sebab saya cuba nak selesaikan tanpa melibatkan ramai pihak dan tak nak pun sampai satu Malaysia tahu.
“Sarah memang dah ada niat untuk bertindak, tetapi saya masih berfikir panjang tentang kesan dan akibat pada saya dan orang disekeliling.
“Saya tak mahu sampai mahkamah-mahkamah ini, tak nak pun saman menyaman, sebab melibatkan kewangan.
“Tapi kalau dah sampai tahap biadap sangat, ok jomlah, takkan saya nak bagi maruah saya dipijak.
“Bukannya saya tidak guna jalan lain, banyak jalan yang saya guna untuk selesaikan dengan dia, tetapi dia tetap mencabar.
“Sebab asyik di cabar, orang asyik ingat saya main-main sekarang saya kata Now Lets Go, Lets Play This Game!” tambah Sarah dengan tegas.
Sementara itu menurut wakil guaman yang dilantik pelakon itu memaklumkan, pihak mereka telah mengambil dua tindakan saman ke atas individu tersebut.
“Kita telah failkan tindakan di mahkamah sivil berhubung gangguan kepada anak guam saya.
“Perintah ini meminta supaya difenden untuk berhenti daripada menyebarkan atau mengeluarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial.
“Jadi ini adalah penting supaya tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa ini.
“Perintah telah diserahkan kepada pihak difenden pada 28 Jun lalu secara kendiri kepada tuan badan itu sendiri.
“Jadi kita akan tunggu pada Selasa depan untuk melihat sama ada dia akan hadir ke mahkamah ataupun tidak,” ujarnya.
Terdahulu, nama Sarah menjadi perbualan ramai selepas mendedahkan identiti wanita yang dianggapnya penghancur hubungan rumah tangga yang dibinanya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024