Hiburan

“Selamanya Klasik” - Iklan Dibintangi Mendiang Kobe Bryant & Lionel Messi Tular Kembali

Azwa Rahman
28/01/2020
11:18 MYT
Sponsor Banner
“Selamanya Klasik” - Iklan Dibintangi Mendiang Kobe Bryant & Lionel Messi Tular Kembali
Sebuah iklan dibintangi lagenda bola keranjang dunia, mendiang Kobe Bryant dan pemain bola sepak handalan Lionel Messi kembali tular bermula semalam.
Menerusi laman sosial Twitter,akaun rasmi @fifawc2018 berkongsi iklan syarikat penerbangan Turkish Airlines yang dibintangi dua personaliti sukan popular tersebut. “Iklan Kobe Bryant dan Messi ini selamanya klasik,” tulis pengendali akaun tersebut menerusi satu kicauan.
Di dalam video berdurasi satu minit tersebut, kedua-dua jaguh bola keranjang dan bola sepak sedang menunjukkan kemahiran masing-masing dalam usaha menarik perhatian seorang kanak-kanak.
Namun kedua-duanya tewas apabila kanak-kanak tersebut memilih aiskrim yang ditawarkan oleh seorang kru kabin.
Iklan yang kembali tular semalam telah dilancarkan beberapa tahun lepas sebagai langkah strategi mempromosikan syarikat penerbangan tersebut.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya masih bersedih dan merasai kehilangan lagenda bola keranjang Los Angeles Lakers itu.
Kobe Bryant, 41 dan anak perempuannya Gianna, 13, terbunuh selepas helikopter peribadinya terhempas dan terbakar di California pada Isnin.
Mereka berdua dipercayai dalam perjalanan menghantar Gianna ke Akademi Mamba di Thousand Oaks bagi menjalani latihan bola keranjang.
Iklan tersebut sehingga kini telah menerima hampir 6 juta tontonan di Twitter dan lebih 20 juta di laman YouTube.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar