Selami Dunia Baru Entopia
RM 37 tiket dewasa
RM 21 tiket kanak-kanak
Terdapat dua dunia di Entopia iaitu The Natureland yang merupakan taman dipenuhi tumbuh-tumbuhan berwarna-warni dan kawasan dalaman The Cocoon pula ialah pusat penemuan Entopia. Bayangkan kelas terbesar alam semula jadi di mana rama-rama dan serangga bebas bermain dan berterbangan. Terdapat lebih dari 150 spesies fauna dan 200 spesies flora yang ditampilkan di sini. Pusat ini juga mengadakan bengkel-bengkel interaktif untuk pengunjung.