Laman Utama

Selebriti Lelaki Hutang Ratusan Ribu, Fouziah Gous Terkilan Tak Terima Ucapan Raya - “Masa Tengah Susah, Setiap Hari Telefon Saya!”

Asyikin Mayudin
05/07/2023
01:58 MYT
Sponsor Banner
Selebriti Lelaki Hutang Ratusan Ribu, Fouziah Gous Terkilan Tak Terima Ucapan Raya - “Masa Tengah Susah, Setiap Hari Telefon Saya!”
Terkilan dengan seorang rakan industri yang mengelak daripada membayar hutang, pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous mendedahkan jumlah yang dipinjam individu tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.
Biarpun selebriti lelaki itu bukan dalam kalangan kawan baiknya, namun Fouziah tetap membantu dari segi membayar hutang individu tersebut dengan pihak lain.
“Dalam ramai-ramai orang yang saya tolong ada seorang ini yang paling saya sedih dan terkilan. Saya bukan tolong dia puluhan ribu tetapi dengan jumlah ratusan ribu ringgit, enam angka.
“Saya sudah tolong dia untuk menutup lubang-lubang yang dia telah buat (hutang dengan pihak lain). Lubang dia gali yang tak mampu nak tutup, saya telah bantu dia. Orang itu bukan daripada kalangan kawan baik saya pun.
“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa kerana dia pun mencari rezeki dalam industri seni ini. Sebelum bagi pinjam, saya berbincang dengan suami terlebih dahulu kerana jumlah tersebut sangatlah banyak,” katanya.
Dalam pada itu, aktres berusia 40 tahun itu mengakui hatinya tergores apabila individu tersebut tidak langsung menghubunginya untuk menyampaikan ucapan hari raya Aidilfitri.
“Apa yang buat saya kecil hati sangat bukan fasal apa saya tolong tapi dia tak ucap selamat hari raya dekat saya. Dia boleh diam saja. Saya menunggu tau. Saya seorang yang mementingkan sifat keluarga, jadi ucapan sebegitu cukup,” ujarnya.
Sementara itu, Fouziah berkata peguam yang mewakili pihaknya sudah pun menghubungi individu berkenaan, namun panggilan telefon tidak berjawab.
“Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong dengan seikhlas hati. Andai dia mendengar apa yang saya cakap ini, cuma nak beritahu saya terkilan.
“Saya dan pihak peguam pun ada buat surat (perjanjian), dalam surat tu tiada minta pun untuk bayar bunga. Cuma saya minta dia nanti kalau ada masa buatlah beberapa content di media sosial.
“Tapi dia tak commit, tiada khabar langsung. Masa tengah susah setiap hari telefon saya, kadang tengah malam dia telefon. Dia seorang lelaki dan tak manis la malam-malam telefon saya.
“Saya follow media sosial dia, kadang-kadang nampak je dia selalu buat live dekat TikTok. Tapi suruh buat kerja saya yang bagi itu tak buat pun. Peguam saya telefon pun dia buat diam sahaja.
“Mengikut peguam saya, sebanyak mana yang saya bagi boleh buat dia jatuh muflis. Rezeki dan silaturahim itu sangat penting,” katanya lagi.
Justeru, ibu kepada dua cahaya itu berharap, individu berkenaan dapat menjelaskan hutangnya seperti mana mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Disangka Bahagian Dada Fouziah Gous Terdedah, Segelintir Netizen Pesan Mohon Check Betul-Betul Sebelum Buat Spekulasi; “Sebab Itu Dia Berani Post…”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar