Berita

Selebriti Tempatan Turun Padang Edar Kit Sayang #WiraKita Buat Petugas Barisan Hadapan

Badrul Hashim
13/05/2020
08:21 MYT
Sponsor Banner
Selebriti Tempatan Turun Padang Edar Kit Sayang #WiraKita Buat Petugas Barisan Hadapan
Sudah pasti ramai yang terkesan dengan pandemik yang melanda dunia ini. Jika kita sendiri merasa sukar, apatah lagi petugas barisan hadapan yang bekerja shift selama 18 jam dan terpaksa berjauhan daripada insan tersayang. Tidak mudah tetapi inilah pengorbanan mereka untuk melindungi kita daripada virus COVID-19.
Melihatkan pengorbanan petugas barisan hadapan ini, secara tidak langsung menyentuh hati rakyat Malaysia untuk sama-sama membalas budi dan memberi penghargaan kepada mereka. Salah satu daripadanya adalah inisiatif Astro Media Solutions (AMS) menerusi kempen #WiraKita.
AMS bekerjasama dengan rakan jenama dengan memberikan penghargaan dan sokongan kepada wira-wira barisan hadapan termasuklah pengamal perubatan dan anggota polis, yang bekerja keras memerangi COVID-19 dan melindungi Malaysia.
Menerusi kempen #WiraKita, lebih daripada 20,000 barangan keperluan telah disumbangkan oleh rakan jenama untuk mengurangkan bebanan wira barisan hadapan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang terpaksa dilalui dalam bulan Ramadan.
Kempen ini turut disertai para selebriti termasuklah Hael Husaini, Chubb -E dan Shiha Zikir yang turun padang ke Hospital Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi sokongan ketika penyerahan sumbangan kempen #WiraKita kepada wakil petugas barisan hadapan.
Antara barangan yang ada dalam kit sumbangan #WiraKita adalah:
· Krim mandian Aiken dan Safi · Pek beras Era Bayam Kota 5kg · Tuala wanita Sofy cooling fresh · Salonpas pain relieve patch · Sabun anti-bakteria GVC · Pelbagai produk NIVEA seperti deodoran, buih cukuran, pencuci muka dan losyen
Rakan jenama yang memberi sumbangan kepada kempen #Wirakita termasuklah Wipro Unza, Era Bayam Kota, Unicharm, Hisamitsu, NIVEA dan Good Virtues Co.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pandemik ini dan kempen #WiraKita, jangan lupa saksikan Tragedi COVID-19, siri dokumentari istimewa mingguan yang ditayangkan di Astro Prima (saluran 105 dan 125), setiap Isnin jam 9 malam mulai 4 Mei hingga 22 Jun nanti. Kempen #WiraKita akan ditayangkan dalam episod istimewa pada 18 dan 25 Mei ini!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024