Laman Utama

"Selekeh, Kuat Makan Patut Tak Ada Zuriat" - Beby Tora Kena Hina Lagi, Followers Pesan Suruh Banyak Sabar

Amri Hassan
18/10/2021
13:56 MYT
Sponsor Banner
"Selekeh, Kuat Makan Patut Tak Ada Zuriat" - Beby Tora Kena Hina Lagi, Followers Pesan Suruh Banyak Sabar
"Kalau mentua dia masih ada mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jaga pemakanan," demikian tulis netizen di laman sosial TikTok milik pempengaruh, Beby Tora.
BACA: "Kau Tu Dahlah Hodoh, Gemuk" - Alahai, Jahatnya Netizen! Instafamous Beby Tora Kena Body Shaming Lagi
BACA: "Keluarga Dihina, Dicerca Sebab Miskin" - Beby Tora Dedah Pernah Dibuli Semasa Sekolah
BACA: "Suka Sakitkan Hati Sesama Perempuan" - Beby Tora Dedah Sering Dibuli Kaum Sendiri
Kasar dan mengguris hati, komen terbabit mendapat reaksi panas dalam kalangan netizen termasuk pelawak dan penyanyi Achey.
Katanya; "Terasa I tau... tapi kena ingat kebahagiaan da rezeki datang pelbagai cara."
Beby Tora yang popular dengan video reviu makanan berkongsi komen terbabit dalam satu hantaran video dirinya sedang menikmati maggi oden.
BACA: "Sorang Awak Kutip 100, 10 Orang Dah Berapa?" - Beby Tora Kecewa Ditipu Scammer
BACA: "Kami Respect Army, Sorry Ya" - Nak Muntah Buat Review Set McDonald's BTS, Beby Tora Mohon Maaf
Dihujani komen-komen menghina fizikal dan rezekinya yang masih belum dikurniakan zuriat, Beby Tora akui tersinggung.
"Saya dapat komen negatif juga tapi biasa saya buat tak hairan. Tapi adakalanya saya rasa insecure dengan diri kita, rasa macam tak mampu nak bagi yang terbaik untuk suami kita.
"Sebab sampai sekarang kita masih tak mengandung lagi. Kadang-kadang kita okey sebenarnya sebab family dan followers support kita.
"Bila kerap baca komen negatif dan tak elok, jadi down, sedih. Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang yang terlalu ambil tahu pasal saya.
"Komen kat saya 'sebab makan banyak fast food sebab tu tak boleh pregnant', 'badan besar sangat sebab tu tak boleh pregnant'. Kadang-kadang saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu," katanya.
Dalam pada itu, Beby Tora berharap agar pengguna media sosial menulis komen yang lebih murni, berhemah dan lebih menjaga sensitiviti individu terutama wanita senasib dengannya.
"Orang kat luar sana faham perasaan tak dikurniakan anak ni. Mungkin kalian diberikan rezeki anak lebih awal, tak berhak cakap macam tu. Better diam je.
"Tak apa Allah tak bagi sekarang, Allah akan bagi nanti di akhirat," tambahnya.
@bebytoratora
Reply to @mitty123450 nak tau beli mana rempah oden tu,tngok ja ig bebytoratora
♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) - Witt Lowry
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar