Selepas 10 Tahun, Akhirnya Isetan 1 Utama Tutup, Netizen Komen - “Oh No My Ramen & Tonkatsu Place”
Gedung terkemuka, Isetan akan menghentikan operasinya di pusat membeli-belah 1 Utama.
Berita itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi di akaun Facebook Isetan semalam.
Menurut syarikat itu, gedung tersebut akan ditutup pada 5 April 2022.
Syarikat itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas sokongan sepanjang 10 tahun beroperasi di 1 Utama.
“Hari terakhir operasi perniagaan gedung Isetan 1 Utama adalah pada 5 April 2022.
"Ini bukanlah ucapan selamat tinggal, kami berharap dapat bertemu anda di gedung lain yang terletak di Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store LOT 10 serta gedung dalam talian kami www.ionlinekl.com.my.
"Mohon teruskan kunjungan anda di Isetan 1 Utama sehingga 5 April 2022 sebelum kami mengundurkan diri.. Jumpa anda di gedung yang lain," jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengimbas kembali kenangan mereka di gedung tersebut.
Lebih-lebih lagi yang berkaitan makanan. Antara makanan kegemaran netizen sewaktu mengunjungi Isetan adalah Ramen dan Tonkatsu.
Isetan adalah kumpulan korporat terkemuka dalam industri peruncitan Jepun dengan sejarah menjangkau lebih 100 tahun.
Sehingga kini, Isetan telah bekerjasama dengan lebih 1,000 pengeluar dan pereka Malaysia untuk menghasilkan barangan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pelanggan.