Berita

Selepas 107 Hari Saksi Derita, Motaz Azaiza Berat Hati Tinggalkan Gaza - "Maafkan Saya"

Amri Hassan
24/01/2024
19:08 MYT
Sponsor Banner
Selepas 107 Hari Saksi Derita, Motaz Azaiza Berat Hati Tinggalkan Gaza - "Maafkan Saya"
Selepas 107 hari menyaksikan dan merakamkan secara langsung penderitaan penduduk Gaza, Palestin, yang dibedil dan disekat Israel, jurugambar Motaz Azaiza, meninggalkan tanah airnya, semalam.

BERITA TRENDING: Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ

Motaz, 24, yang juga penerbit kandungan untuk Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, dia terpaksa membuat keputusan sukar itu atas sebab tertentu.
"Selepas bercakap pasal perang ini selama 107 hari lalu, hari ini kali terakhir kamu tengok saya pakai jaket (media) ini, saya buat keputusan untuk tanggalkannya.
"Maafkan saya…Insya-Allah harap-harap nanti saya boleh kembali untuk bantu bina semula Gaza.
"Saya terpaksa berpindah atas banyak sebab yang sebahagian daripada kamu tahu," katanya di Instagram mengumumkan pemergiannya dari Gaza, ke Doha, Qatar, kelmarin.
Sementara itu, dalam kemas kini terbaharu di aplikasi X, Motaz memaklumkan dia selamat tiba di Doha serta sempat berkongsi pengalamannya berdepan perang genosid itu dalam satu wawancara khas di studio Al Jazeera di Doha.
Motaz berkata, dia tiada pilihan terpaksa meninggal tanah airnya selepas 108 hari pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel, namun dia ada alasan kukuh yang tidak dapat diperincikan.
"Saya meninggalkan Gaza dengan hati yang hancur dan penuh linangan air mata.
"Sudah tiba masanya saya berpindah ke tempat lain supaya saya boleh buat lebih banyak perkara dan saya berdoa supaya saya boleh menjadi sebab untuk menghentikan perang ini dan membantu membina semula Gaza.
"Tiada masa untuk berehat. Teruskan menyeru gencatan senjata!" katanya dalam catatan terbaharu di X, pagi semalam.
Motaz terkenal kerana keberaniannya berkongsi penderitaan rakyat Gaza menerusi rakaman video dan gambar sepanjang konflik perang 7 Oktober lalu.
Sepanjang konflik perang, Motaz bukan sahaja kehilangan sebahagian ahli keluarga dan rakannya, malah menerima ancaman dan ugutan dari pihak Israel.
Pemuda lulusan Universiti Al-Azhar, Gaza itu meraih pengiktirafan 'Man of the Year' dari majalah CQ Middle East untuk tahun 2023 selain TRT World Citizen Communicator Award yang diumumkan di Istanbul, Turkiye, Jumaat lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar