“Selepas 18 Tahun, Kami Dapat Masuk Ke Industri Muzik Malaysia” - For Revenge Gembira Dapat Berkonsert Di Malaysia
Penyanyi berkumpulan, For Revenge berbesar hati dapat melakukan persembahan pertama kali di Malaysia.
“Kami juga tidak menyangka bahawa selepas 18 tahun kami berada di dalam industri muzik Indonesia, akhirnya pada tahun 2024 kami berjaya memasuki dunia industri muzik Malaysia dan kami agak terkejut dengan pencapaian ini,” katanya kepada Gempak.
“Bagi kami, ini merupakan satu penghormatan dapat melakukan persembahan di sini dan mendapat satu pencapaian yang sangat hebat buat kami,” ucapnya.
Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu vokalis Boniex Noer, gitaris Arief Ismail, pemain bass Izha Muhammad, dan pemain dram Ari Pribadi.
BERITA TRENDING: Najwa Latif Alami Keguguran, Syukur Diberi Peluang Mengandung 5 Minggu - “Tolong Izinkan Kami Bersedih Dalam Diam”
BERITA TRENDING: "Saya Menangis Setiap Hari…” - Sakit Sudah Pulih, Black Teruja Mahu Buat Comeback!
BERITA TRENDING: The Gadys Takkan Lupakan Memori Viral ‘Fujiyama’, Syukur Dah Tak Ramai Kecam – “Dah Imun Dalam Badan”
BERITA TRENDING: Akhirnya Wanita Dipukul Hingga Koma Dapat Keadilan, Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - “Saya & Keluarga Tak Dapat Memaafkan…”
Konsert For Revenge: Perayaan Patah Hati Babak 1 di Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Miebird Projects.
Dalam konsert tersebut, mereka mempersembahkan 10 lagu popular termasuk Penyangkalan, Sadrah, Serana, dan banyak lagi sebagai hadiah istimewa untuk peminat mereka di Malaysia.
Selain For Revenge yang menjadi tumpuan, kumpulan Insomniacks turut memeriahkan acara dengan persembahan pembukaan yang mantap. Antara lagu yang dibawakan oleh kumpulan ini adalah Igauan Malam, Reminisensi, Pulang, dan beberapa lagi hits mereka.