Laman Utama

"Selepas 28 Tahun, Ini Saat Yang Saya Tunggu” - Atlet Wanita Kini Jejaka Berotot!

Hanafis Haris
11/03/2021
23:40 MYT
Sponsor Banner
"Selepas 28 Tahun, Ini Saat Yang Saya Tunggu” - Atlet Wanita Kini Jejaka Berotot!

Seorang bekas pemain bola tampar wanita mencetus persoalan ramai apabila dikatakan telah mengalami penyakit hipospadia atau kelainan organ reproduksi.Menerusi laporan Kompas, Aprilia Manganang sejak kecil sudah pun disahkan menghidapi penyakit berkenaan.

Namun, disebabkan masalah kewangan, keluarganya tidak merawat terlebih awal.

Menurut laporan itu lagi, doktor sebelum ini juga mengesahkan bahawa dia adalah seorang perempuan terutama dari sudut pandangan mata kasar.

Malah, jantina itu kekal dalam rekod butiran kelahiran serta kad pengenalannya.

Walaubagaimanapun, kecenderungan untuk berubah mula tercetus apabila berkhidmat sebagai angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Sejak itu fizikalnya mula berubah dan akhirnya dia disahkan oleh doktor 3 Februari lalu sebagai seorang lelaki.

Sejak itu juga kisah Aprilia mula diperkatakan rakyat Indonesia dan mencetuskan pelbagai persoalan.

Rata-rata mereka terkejut melihat perubahan badannya yang lebih tegap dan bertotot.

Pada masa sama, Aprilia menzahirkan rasa syukur setelah mengetahui jantinanya yang sebenar.

"Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba.

"Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya," katanya.

Sumber : Kompas

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar