Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Selepas 7 Tahun Sendiri, Erra Dedah Ciri Lelaki Idaman: “Berjambang, Rock.."- Siapa Nak Masuk Line?

Syafiqah Jalal 11/01/2021 | 10:00 MYT
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui sukar untuk membuat pilihan selepas diberi cabaran memiih beberapa perkara di satu permainan video dalam aplikasi TikTok.
Dalam permainan itu, Erra perlu memilih banyak perkara termasuk mendedahkan dirinya sama ada masih ‘single’ atau sudah berpunya.
Namun apa yang menarik perhatian, di dalam video tersebut Erra perlu memilih ciri-ciri lelaki yang disukainya.
Antara ciri-ciri pilihan Erra adalah berjambang, rock, berbadan sado, tinggi, cerah dan kereta.
Namun apabila perlu memilih muda atau tua, Erra bagai suka untuk memilih dan telah meninggalkan ia tanpa jawapan apabila berjalan di tengah-tengah di antara jawapan tersebut.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ciri-ciri lelaki itu sama seperti penyanyi rock, Awie.
“Tak tahu, pasal apa dok bayang Awie je,” komen salah seorang pengikutnya.
“Macam awie je ciri-ciri tu. Hehehhe,” usik salah seorang warga maya.
“Alamak, banyak ciri-ciri Awie ni,” mengaku salah seorang netizen.
Pun begitu, Erra memberitahu ia sekadar gurauan dan sukar untuk membuat pilihan yang diberi oleh pihak pengurusannya Mind Order.
“Jangan marah, kita suka-suka je. Payah oooo nak buat pilihan!!
“Siapaaa laaa punya idea ni! Terima kasih pihak @mindorder ..mencabar soalan ek,” katanya.
Erra sudah tujuh tahun bergelara ibu tunggal kepada seorang anak Engku Alisya selepas dua perkahwinannya bersama Yusry Abdul Halim dan Engku Emran berakhir di tengah jalan.

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

#Erra Fazira #Suami #Calon Suami #Pengganti
;