Hiburan

Selepas 8 Tahun, American Idol Kembali Bersiaran Di Astro!

Umirah Halim
16/02/2024
06:00 MYT
Sponsor Banner
Selepas 8 Tahun, American Idol Kembali Bersiaran Di Astro!
Sejak 8 tahun tidak bersiaran, rancangan realiti no.1 di Amerika Syarikat, American Idol kini kembali semula bersiaran di Astro dengan musim yang ke-22.
Bagi musim kali ini, American Idol bakal menampilkan barisan juri professional yang sama seperti Katy Perry, Lionel Richie and Luke Bryan dan juga pengacara terkemuka, Ryan Seacrast.
Selain itu, rancangan ini juga bakal menampilkan barisan penyanyi ikonik seperti Lady Gaga, Mariah Carey, Stevie Nicks, dan Jon Bon Jovi untuk membimbing dan membuat persembahan bersama peserta pada musim ini.

Berita Trending: Drama I.D, Angkat Isu Jenayah Siber, Bakal Tayang 23 Februari Ini!

Sebelum ini, kali terakhir American Idol disiarkan di Astro adalah pada tahun 2016.
Untuk rekod, American Idols musim ke-21 telah dimenangi oleh Iam Tongi yang berjaya menundukkan dua peserta yang lain iaitu Megan Danielle dan Colin Stough.
Pelanggan Astro boleh menyaksikan American Idol bermula 20 Februari ini jam 8 malam di Hitz Now’s, saluran 702 dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Sinopsis American Idol Bersedialah anda untuk menyaksikan bakat-bakat penyanyi yang luar biasa dengan latar belakang yang berbeza akan datang dari seluruh pelosok negara bersaing demi mendapatkaan gelaran American Idol. seterusnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar