Gaya Hidup
Selepas Aiskrim, 'White Rabbit' Muncul Dalam Bubble Tea Pula - Jom Imbau Nostalgia!
Kalau anda lahir zaman 90-an pasti kenal gula-gula White Rabbit ini. Baru-baru ini ia kembali viral apabila muncul dalam perisa aiskrim jenama Inside Scoop.
Namun populariti White Rabbit ini masih belum berakhir apabila muncul pula minuman 'bubble tea' berasaskan gula-gula itu.
Untuk pengetahuan anda minuman terbabit dikeluarkan oleh sebuah kafe dikenali sebagai Yumcha yang sebelum ini popular dengan menu 'bubble tea' mereka.
Kini perisa White Rabbit telah menjadi fenomena selepas mula dilancarkan beberapa minggu lalu. Malah ia sudah terjual 1000 cawan hanya dalam tempoh 2 hari.
Jika anda teringinkan 'bubble tea' White Rabbit ini silalah ke cawangan Yumcha berdekatan. Bolehlah mengimbau kenangan lalu!